PROSIDING SEMBARA 2017 - Kiemiftah

Transcription

PROSIDINGPenyunting:Mohd Shahrizal Bin NasirMohd Firdaus Bin YahayaMohd Fauzi Bin Abdul Hamid Hakcipta Universiti Sultan Zainal Abidin, 2017Diterbitkan Oleh:Universiti Sultan Zainal AbidinISBN 978-967-0899-73-2

Mohamad Rofian Ismail, Mohd Syukri Abdul Rahman, Ahmad Redzaudin Ghazali,Muhammad Daoh & Mohd Izzudin Mohd PisolAKTIVITI PEMBELAJARAN BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA KETIGA DIUNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN MENGGUNAKAN GOANIMATE.COM. 854Ahmad Zaki bin Amiruddin, Prof. Madya Dr. Ahmed Thalal bin Hassan Dr. Ahmadbin Abdul Rahman, Nor binti Abdul Rahman & Amanee binti Abdul HaiPENGETAHUAN PEDAGOGI DAN KREATIVITI PENGAJARAN GURUBAHASA ARAB DI MALAYSIA . 863Mohammad Rusdi Bin Ab Majid & Zawawi Bin IsmailTAHAP PENGGUNAAN STRATEGI MEMBACA TEKS KESUSASTERAANARAB DALAM KALANGAN PELAJAR STAM. . 877Noraisyah binti Zainal & Nik Mohd Rahimi bin Nik YusoffPENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM KALANGAN GURUBAHASA ARAB . 892Muhammad Haron Husaini, Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Ahmad Shafiq Mat Razali,Diyak Ulrahman Mat Saad, Syafiqah Mohd Hairon, Syafiqah Mohd Hairon, Dr. NurHanani Hussin & Mohd Khamal Md DaudPENGGUNAAN UNSUR KESEPADANAN PERIBAHASA DALAMPEMBELAJARAN BAHASA ARAB . 898Haji Ahmad bin IsmailANALISIS FAKTOR KEJAYAAN PELAJAR DALAM KELAS MAHARAT ALMUHADATHAH DI UNISZA . 910Normila Binti Noruddin @ Che Ahmad & Nik Murshidah Binti Nik DinSIKAP DAN MOTIVASI TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB: SATUTINJAUAN LITERATUR . 920Nur Afifah binti Fadzil, Nuraznan bin Jaafar, Roslida binti Saat & Ahmad Syukri binMusaPENGAJARAN BAHASA ARAB DEWASA: PENGALAMAN MODUL BAHASAARAB SIJIL PENGAJIAN AL-QURAN (SPQ) UNIVERSITI MALAYA . 932Nor Hazrul Mohd. Salleh & Wan Rohani Wan MokhtarPENGAJARAN SUBJEK DINI DALAM BAHASA ARAB DI SEKOLAHMENENGAH KEBANGSAAN MALAYSIA . 940Norfaezah Mohd HamidinPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB: TINJAUAN AWALPERINGKAT SEKOLAH RENDAH TERENGGANU . 948Nazilah Mohamad, Siti Zanariah Yusoff, , Nor Hafizah Abdullah, Sharipah NurMursalina Syed Azmyix

AKTIVITI PEMBELAJARAN BAHASA ARAB SEBAGAIBAHASA KETIGA DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTANMENGGUNAKAN GOANIMATE.COMAhmad Zaki bin Amiruddin, Prof. Madya Dr. Ahmed Thalal bin HassanDr. Ahmad bin Abdul Rahman, Nor binti Abdul Rahman & Amanee binti Abdul HaiUniversiti Malaysia Kelantan, Kelantan, Malaysiaahmadzaki@umk.edu.my, thalal@umk.edu.my, ahmad.ar@umk.edu.my,nor@umk.edu.my, amanee.ah@umk.edu.myABSTRAKPembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa ketiga banyak menekankan kepada aktiviti-aktivitisepanjang proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Aktiviti-aktiviti PdP yang dirancang olehpara pengajar adalah bagi memastikan kemahiran-kemahiran bahasa yang empat, iaitu; kemahiranmembaca, mendengar, bertutur dan menulis diperoleh oleh para pelajar secara lebih berkesan.Pelajar-pelajar bahasa Arab sebagai bahasa ketiga biasanya bermula daripada tiada asas langsungdan tempoh pembelajaran yang singkat. Hal ini menyebabkan mereka lebih memerlukan aktivitiaktiviti PdP secara amali dan praktikal langsung. Justeru, topik kajian ini diketengahkan bagimembentangkan satu aktiviti PdP yang dilaksanakan bagi menggilap kemahiran bertutur parapelajar secara langsung dengan menggunakan satu aplikasi atas talian berbentuk multimedia dananimasi yang dinamakan GoAnimate.Com. Pembentangan topik ini meliputi pengenalan kepadaaplikasi, fungsi dan penggunaannya secara ringkas, penerangan aktiviti yang dilaksanakan dalamPdP kursus Bahasa Arab di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menggunakan aplikasi tersebutdan beberapa contoh video animasi yang dibuat oleh para pelajar untuk aktiviti berkenaan(disediakan link video dan screenshot). Dalam kesimpulan topik ini, turut disenaraikan poin-poinyang diperoleh hasil pemerhatian sepanjang aktiviti PdP tersebut berlangsung. Pembentangan topikseperti ini diharapkan dapat memberi satu lontaran idea bagi mempelbagaikan lagi aktiviti PdPbahasa ketiga secara umumnya yang mana digabungkan dengan penggunaan teknologi dan aplikasiyang banyak tersedia secara atas talian, di samping merancakkan lagi penggunaan teknologi dalamproses PdP yang mana merupakan saranan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam salah satuProjek Agenda Kritikal (CAPs – Critical Agenda Projects).Keywords: aktiviti bahasa; aplikasi; e-pembelajaran; kemahiran bahasa; bahasa Arab.PENGENALANKepelbagaian aktiviti pembelajaran dalam bahasa Arab sebagai bahasa ketiga menjadikanproses PdP bahasa Arab dilihat lebih aktif dan tidak kaku. Aktiviti-aktiviti pembelajaranyang dilaksanakan adalah berdasarkan hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh parapelajar pada akhir pembelajaran. Secara langsung memastikan mereka memperolehkemahiran-kemahiran bahasa yang empat; kemahiran membaca, mendengar, bertutur danmenulis mengikut kesesuaian peringkat dan tempoh pembelajaran mereka.Dalam topik ini, aktiviti pembelajaran yang diketengahkan adalah bertujuan melatihpelajar dengan kemahiran bertutur bagi kursus bahasa Arab sebagai bahasa ketiga diUniversiti Malaysia Kelantan. Penggunaan aplikasi atas talian berbentuk multimedia dan854

animasi digunakan bagi menjayakan aktiviti yang dinyatakan. Aplikasi tersebut dikenalisebagai GoAnimate.Com dengan fungsi-fungsi yang mudah dan user-friendly. Hasilnya,para pelajar dapat menghasilkan video animasi berbahasa Arab yang sangat menarik denganpanduan ringkas dan contoh video oleh pengajar.KONSEP AKTIVITI PEMBELAJARANAktiviti pembelajaran merupakan satu kompenan dalam senario pedagogi yang sangat luas(Learning Activity: http://edutechwiki.unige.ch/en/Learning activity, 13 September 2017).Mengikut Schneider dan rakan-rakan (2004) aktiviti pembelajaran ialah construction-basedteaching (pengajaran secara pembentukan) atau activity-based yang mana pengajar pelumereka cipta/membentuk, memandu dan memantau aktiviti pelajar. Takrifan Schneider danrakan-rakan ini menekankan keperluan persediaan pengajar dalam mereka cipta aktivitibersesuaian dengan pelajar, seterusnya memberi panduan, dan akhirnya memantau.Menurut Schuell (1986) bahawa peranan utama pengajar adalah memastikanketerlibatan para pelajar secara aktif dalam aktiviti pembelajaran bagi mencapai hasilpembelajaran yang ditentukan. Pelaksanaan daripada para pelajar adalah lebih pentingberbanding apa yang dilakukan oleh pengajar. Berdasarkan kenyataan ini, difahami bahawaaktiviti pembelajaran adalah salah satu proses PdP yang dirancang, dibina, dibentuk dandisusun secara rapi oleh pengajar dan seterusnya dilaksanakan oleh para pelajar denganpanduan dan pemantauan pengajar.Aktiviti pembelajaran menjadi lebih canggih dan moden pada era globalisasi inidengan gabungan penggunaan teknologi yang dilihat semakin dekat dengan para pelajar‘gen-Z’. Penggunaan teknologi dalam aktiviti pembelajaran melibatkan aplikasi sedia adadalam sesuatu alatan teknologi tanpa perlu capaian internet atau aplikasi atas talian yangmemerlukan capaian internet untuk diakses. Topik ini akan memfokuskan kepada aktivitipembelajaran menggunakan aplikasi atas talian yang telah tersedia, disesuaikan untukbahasa Arab; kemahiran bertutur.PENGENALAN KEPADA GOANIMATE.COMAplikasi atas talian yang menjadi fokus utama topik ini dikenali sebagai GoAnimate.Comyang boleh diakses melalui url: https://goanimate.com/.855

GoAnimate.Com merupakan laman sesawang yang menyediakan satu platfom secaracloud-based (storan atas talian) untuk dibangunkan video animasi secara interaktif(http://en.wikipedia.org/wiki/GoAnimate, 19 September 2017). “Make ProfesionalAnimated Videos” – membangunkan video-video animasi secara profesional – menjadimoto yang dipamerkan dalam laman ini kerana proses pembangunan video animasimenggunakan fungsi-fungsi tersedia dalam laman ini sangat mudah untuk diikuti olehsemua. Turut dinyatakan dalam laman ini adalah Make your first video in less than fiveminutes – sediakan video pertama anda hanya dalam masa kurang dari lima minit –, keranavideo yang siap dibangunkan akan kelihatan seolah-olah sentuhan dan rekaan seorangprofesional dalam bidang animasi (http://goanimate.com/, 19 September 2017).GoAnimate.Com dibangunkan pada tahun 2007 oleh AlvinHung yang pada asalnya untuk kegunaan peribadi, iaitu; beliau inginmenyediakan satu video animasi khas untuk isterinya. Bermula padapertengahan tahun 2008, GoAnimate mula dibuka secara live kepadaumum. Pada tahun 2011, GoAnimate telah menjadi rakan kongsiYoutube Create (satu aplikasi khas yang disediakan dalamYoutube.Com). Pada akhir Ogos 2011, GoAnimate for Schools telah dilancarakan secararasmi yang khas untuk kegunaanpengguna-penggunadalampendidikan dengan beberapa fungsiyang lebih menfokus -tahunberikutnya sehingga 2015, pelbagaiproses naik taraf telah dilakukandalamGoAnimate;denganpenambahan tema-tema, karakter-karakter (watak-watak) kartun, muat turun video bersaiz1080p, perubahan pelan percuma kepada 14 hari pelan percubaan (14 days trial) pada tahun2015 dan penukaran penggunaan Adobe Flash kepada HTML5 juga dilakukan e, 19 September 2017). Proses naik taraf ini telahmenjadikan GoAnimate semakin popular dan lebih menarik.856

GoAnimate merupakan produkkomersial yang menawarkan beberapapelan/pakej untuk pilihan pengguna disamping menawarkan 14 hari percubaanpakej premium secara percuma sebagaipromosi. Pakej-pakej adalah seperti terteradi gambar rajah sebelah; GoPublish,GoPremium, GoTeam. Perbezaan hargapakej adalah berdasarkan fungsi-fungsi yangdisediakan, seperti; templat, tema-tema,watak-watak animasi dan fungsi muat turunmengikut kualiti video mengikut r 2017).Terdapat pakej khas untuk pengguna-pengguna dalam bidang pendidikan yang bolehdilanggan melalui GoAnimate for School. Harga yangditawarkan jauh lebih murah dengan fungsi yang samadengan pakej premium GoAnimate biasa, walaubagaimanapun pendaftaran perlu disertakan dengannama institusi pendidikan/pengajian yang sah(http://goanimate4schools.com, 19 September 2017).FUNGSI DAN CARA PENGGUNAAN GOANIMATE.COMGoAnimate.Com adalah platform atas talian yang telah menyediakan fungsi-fungsi tertentubagi memudahkan pengguna menghasilkan satu video animasi dengan hanya memilih tema,menyusun atur karakter/watak kartun pilihan, memasukkan suara, teks, latar belakang danakhir sekali preview video animasi yang dihasilkan, seterusnya publish sama ada untukdimuat turun, atau dimuat naik ke laman multimedia lain seperti Youtube mengikut jenispakej yang dilanggan, bagi pakej percubaan selama 14 hari secara percuma, hanya dapatberkongsi link sahaja, fungsi muat turun dan kongsi ke Youtube tidak dibenarkan. Berikutringkasan fungsi dan cara penggunaan GoAnimate.Com secara bergambar (screenshot),manual penggunaan juga boleh dirujuk ke Nota Web Tools for MOOC UMK (belumditerbitkan secara rasmi, disediakan oleh UMK MOOC Production Team) dihttps://goo.gl/6XMnaN, serta video tutorial di https://youtu.be/c6lylXVsahY (disediakanoleh salah seorang UMK MOOC Production Team, En. Mohd Hafizie Bin Suhaimi).857

Pengguna perlu mendaftar dengan memasukkan e-mel dan butiran-butiran yangdiminta bagi mendapatkan akaun percubaan selama 14 hari secara percuma. Setelahmendaftar, satu e-mel pengesahanakan dihantar oleh pihak GoAnimatebagi meneruskan proses pengaktifanakaun. Jika langkah-langkah di atastiada sebarang masalah, penggunaakan melihat paparan seperti digambar rajah (1). Untuk memulakanproses pembikinan video, butangMake a Video perlu ditekan untukpaparan seterusnya.Dalamgambarrajah(2),dipaparkan senarai tema untukdipilih mengikut kesesuaian videoyang akan dibangunkan. Pemilihantema penting bagi memastikan carapersembahan video yang akandihasilkan memenuhi keperluanpengguna dari segi susun atur,pemilihanlatarbelakang,kemasukan suara dan lain-lain.Seterusnya, setelah pemilihan tema (Business Friendly dipilih sebagai contoh), paparanseperti di gambar rajah (3) akandapat dilihat. Di sebelah kirimerupakan konfigurasi yang bolehdiubah atau ditambah dalam temayang sedia ada, seperti; unlain,penambahan bahan-bahan luar(seperti gambar, audio dansebagainya), teks, carta dan muzik/lagu latar. Di bahagian bawah merupakan timeline bagivideo animasi yang menunjukkan durasi/tempoh sesuatu video dihasilkan.Untuk mengubah aksi, gaya dan ekspresi mukakarakter/watak kartun hanya perlu klik di atasnya, danakan keluar satu paparan di sebelah kiri seperti digambar rajah (4). Pelbagai aksi, gaya dan ekspresimuka yang boleh dipilih pada bahagian Action. Disamping itu, padabahagian Dialog,penambahan suaraboleh dilakukan dengan beberapa pilihan seperti digambar rajah (5), iaitu; Mic Recording (rakam suarasecara terus), Upload File (memuat naik rakaman suaradaripada luar), Your Library (rakaman suara yang telah858

sedia ada dalam storan GoAnimate), Text-to-Speech (suara komputer berdasarkan skripdialog yang ditulis).Kelebihan GoAnimate, apabila dimasukkan rakaman suara atau menggunakan Text-toSpeech, karakter/watak akan menggerakkan bibir secara automatik mengikut suara tersebut.Ini menjadikan video animasi yang dihasilkan kelihatan hidup dan profesional.Video animasi yang telah siap, bagi pengguna secara percuma hanya dibenarkanberkongsi link video yang yar,merekabolehmemuat turun video yang dihasilkan tanpasebarang sekatan. Selain memuat turun,video juga boleh dimuat naik terus keYoutube, VIMEO dan lain-lain seperti digambar rajah sebelah.PELAKSANAAN GOANIMATE.COM DALAM KURSUS BAHASA ARAB UMKKursus Bahasa Arab di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ditawarkan kepada parapelajar sebagai salah satu daripada tujuh (7) kursus bahasa ketiga yang ada. Antara syaratkursus ini adalah para pelajar yang ingin mengambilnya; mereka tidak pernah mengambilsubjek bahasa Arab di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah kerana fokussilibus adalah kepada peringkat asas atau permulaan (beginner). Hasil pembelajaran kursusadalah menekankan kepada penggunaan asas tatabahasa dalam ayat-ayat ringkas(kemahiran menulis), kepekaan kepada ayat-ayat diperdengar (kemahiran mendengar),sebutan huruf yang betul (kemahiran membaca) dan akhir sekali; pembentangan bagimempraktik kemahiran berbahasa secara individu dan berkumpulan (kemahiran bertutur).GoAnimate.Com dalam kursus Bahasa Arab UMK digunakan bagi aktivitipembelajaran yang menekankan kepada hasil pembelajaran berkaitan mempraktikkemahiran berkomunikasi secara berdua. Tugasan diberikan kepada para pelajar kursus inisebagaimana butiran-butiran berikut:1. Setiap pelajar perlu mempunyai pasangan (berdua) dan mula memilih tajukperbualan mengikut situasi yang ringkas berpandukan buku teks atau mana-manasumber yang dipercayai.2. Teks perbualan yang dipilih perlu diubahsuai dari segi perkataan (menggunakanperkataan lain selain dari buku teks), dan diubahsuai mengikut kesesuaiangender/jantina (siapa yang bercakap dan dengan siapa akan bercakap – rujukguru/pensyarah jika ada sebarang kemusykilan).3. Satu video animasi berdurasi 30 saat hingga 2 minit perlu dihasilkan menggunakanGoAnimate.Com (panduan penggunaan akan diterangkan oleh guru/pensyarah).4. Video animasi yang dihasilkan perlu mempunyai audio suara sendiri (tidak bolehmenggunakan suara orang lain atau fungsi text-to speech).859

5. Untuk tambahan lain, seperti muzik latar, gerak animasi dan pemilihan tema adalahbebas mengikut kreativiti.6. Video yang siap perlu dihantar ke e-mel guru/pensyarah (akan dimaklumkankemudian).Butiran-butiran tugasan yang dinyatakan diberikan kepada para pelajar secarapenerangan lisan dan bertulis bagi memastikan aktiviti berjalan lancar dan objektif aktivititercapai dengan sebaiknya. Di samping itu, satu sesi penerangan panduan penggunaanGoAnimate.Com diadakan, para pelajar didedahkan satu per satu fungsi-fungsi di dalamGoAnimate dan sesi soal jawab yang mengambil masa selama satu jam kelas tutorial.Contoh video yang disediakan oleh guru/pensyarah dibentangkan semasa sesi penerangantersebut, video tersebut boleh disaksikan di Youtube melalui link: Video (1)https://youtu.be/ckNyqGHzKKA dan Video (2) https://youtu.be/Eb9ZlkO67Zg.Hasil daripada tugasan yang dilakukan oleh para pelajar telah dimuat naik keYoutube untuk tontonan semua pelajar (saling melihat hasil kawan-kawan) dan juga dibukauntuk tontonan umum sebagai promosi bahasa Arab secara tidak langsung. Video-videoyang dihasilkan oleh para pelajar boleh ditonton melalui Playlist Youtube di link:https://www.youtube.com/playlist?list PLsN8E3WtLqoc2d5iPeYc8iPCSRY77Hfqv.860

KESIMPULAN DAN PENUTUPHasil daripada pelaksanaan aktiviti pembelajaran melalui tugasan penggunaanGoAnimate.Com oleh para pelajar, didapati mereka sangat seronok dan bersemangat ketikameneroka aplikasi atas talian berbentuk multimedia dan animasi itu. Ini jelas dilihatdaripada video-video yang dihasilkan oleh mereka dengan penggabungan gerakan animasiyang pelbagai, pemilihan tema dan latar belakang yang sesuai dengan situasi perbualan,penggunaan muzik latar dan beberapa fungsi lain mengikut kreativiti mereka walaupuntidak disentuh secara langsung dalam sesi penerangan. Di samping itu, mereka mempraktikkemahiran bertutur secara langsung, seterusnya menjayakan hasil pembelajaran yangmenekankan kepada kemahiran komunikasi lisan. Walaupun masih terdapat kekurangandan kelemahan dari segi intonasi, sebutan huruf, kefasihan dan tatabahasa, namun bagipelajar peringkat asas atau permulaan mereka layak diberi pujian.Melalui pemerhatian yang dinyatakan di atas, topik kajian ringkas ini dapatdisimpulkan bahawa aktiviti pembelajaran bahasa secara umumnya, dan bahasa Arab secarakhususnya menjadi lebih menarik dan tidak kaku apabila digabungkan dengan penggunaanaplikasi-aplikasi moden sama ada atas talian ataupun luar talian. Tambahan lagi, para pelajar‘gen-Z’ pada masa kini yang dilihat tidak dapat lagi dipisahkan dengan alatan teknologi,perlu kepada usaha-usaha seperti ini, iaitu; usaha penggabungan teknologi dengan teknikpembelajaran. Hal ini bukan sahaja memberi mereka ruang yang lebih luas bersama alatanteknologi, bahkan menyediakan mereka peluang untuk memanfaatkan kemodenan ke arahyang terbaik. Kemajuan teknologi bukan lagi sesuatu yang boleh dibendung, tetapibagaimana untuk memastikan penggunaan teknologi ke arah manfaat maksima.Sebagai penutup, topik seperti ini sekadar menyediakan perkongsian pengalamandalam proses PdP yang dilaksanakan oleh para penyelidik topik ini secara langsung, dan861

yang pasti lebih banyak aplikasi telah diguna pakai dalam PdP secara lebih kreatif daninovatif oleh ramai lagi di luar sana. Walau bagaimanapun, topik ini diharapkan dapatmencetuskan idea-idea baru dalam proses PdP terutama berkaitan bahasa ketiga, dan secaraumumnya berkaitan semua subjek yang mana para pelajar generasi kini dilihat kurangberminat dengan pembelajaran secara kuliah/syarahan semata-mata tetapi mereka lebihmengharapkan pembelajaran secara aktif, mudah dan efektif.Di samping itu, melalui pembentangan topik ini akan turut mencetuskan topik-topikkajian yang lebih mendalam dan berkualiti, seterusnya menghasilkan teknik, pendekatandan strategi PdP yang lebih luas dan terkini sesuai dengan perkembangan teknologi darisemasa ke semasa.RUJUKANCreate Animated Videos for your Business GoAnimate.com. http://goanimate.com/. 19September 2017Daniel Schneider, Mourad Chakroun, Pierre Dillenbourg, Catherine Frété, Fabien Girardin,Stéphane Morand, Olivier Morel, Paraskevi, Synteta. (2002 & 2004). TECFA SeedCatalog http://tecfa.unige.ch/proj/seed/catalog/. TECFA, University of Geneva.GoAnimate for Schools. http://goanimate4schools.com. 19 September 2017GoAnimate-Wikipedia. http://en.wikipedia.org/wiki/GoAnimate. 19 September 2017.Mohd Hafizie bin Suhaimi. Basic User Manual Using GoAnimate. 19 September 2017.https://youtu.be/c6lylXVsahYSchuell, Thomas J. (1986). Cognitive Conceptions Of Learning. Review Of EducationalResearch.UMKMOOC Production Team. (2017).https://goo.gl/6XMnaN. Unpublished.862WebToolsforMOOCUMK.

PENGETAHUAN PEDAGOGI DAN KREATIVITIPENGAJARAN GURU BAHASA ARAB DI MALAYSIAMohammad Rusdi Bin Ab Majid & Zawawi Bin IsmailAbstrakKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti Pengetahuan Pedagogi guru bahasa Arab di Malaysiadan kreativiti pengajaran guru. Pengetahuan Pedagogi merupakan salah satu elemen yang terdapatdalam Model Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan atau dikenali dengan TechnologicalPedagogical Content Knowledge (TPACK) yang telah diperkenalkan oleh Mishra & Koehler(2006). Model ini dijadikan kerangka asas kepada kajian ini. Responden dalam kajian ini terdiridaripada 530 orang guru bahasa Arab di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak. Kaedahkajian kuantitatif digunakan dan pensampelan secara rawak dijalankan bagi pengumpulan data.Data kajian dianalisis menggunakan perisian ‘Statistical Package for the Sosial Science’ SPSS versi20. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Pengetahuan Pedagogi guru bahasa Arab berada padatahap tinggi (Min 4.03, SP 0.36). Manakala kreativiti pengajaran guru juga berada pada tahaptinggi (Min 4.08, SP 0.38). Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif dansignifikan antara Pengetahuan Pedagogi dengan kreativiti pengajaran guru (r .631, p 0.01)bahasa Arab di Malaysia. Kekuatan hubungan antara Pengetahuan Pedagogi dengan kreativitipengajaran dikategorikan sebagai sederhana. Kesimpulannya, berdasarkan kepada dapatan kajianjelas menunjukkan bahawa guru bahasa Arab di Malaysia mempunyai pengetahuan yang sangatbaik dalam Pengetahuan Pedagogi dan sangat baik dalam kreativiti pengajaran.Kata kunci: Pengetahuan Pedagogi, Kreativiti Pengajaran Guru, guru bahasa Arab, PengetahuanTeknologi Pedagogi Kandungan.AbstractThis study is to investigate Pedagogical Knowledge and creativity in teaching. PedagogicalKnowledge is one of the elements contained in the model of Technological Pedagogical ContentKnowledge (TPACK) that have been introduced by Mishra & Koehler (2006). This model is usedas the main reference for this research. Respondents in this study consisted of 530 Arabic teachersinvolving Peninsular Malaysia including Sabah and Sarawak. Quantitative research methods usedand random sampling carried out for the collection of data. The data are analyzed using theStatistical Package for Social Science (SPSS) version 20. The findings show that PedagogicalKnowledge (mean 4.03, SD 0.36) is at high level. The findings on creativity of teaching (mean 4.08, SD 0.38) is at high level. The findings also describe the positive relationship betweenPedagogical Knowledge and the creativity of teaching (r .631, p 0.01)Arabic in Malaysia is atmedium level. In conclusion, based on the finding clearly indicate that the Arabic language teachersin Malaysia have an excellent knowledge in Pedagogical Knowledge and excellent knowledge increativity of teaching.Keywords: Pedagogical Knowledge, Creativity of teaching, Arabic language teacher TechnologicalPedagogical Content Knowledge.PENDAHULUANPedagogi merupakan satu ilmu yang luas dan mendalam mengenai proses pengajaran danpembelajaran. Ilmu pedagogi meliputi aspek pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah,kurikulum sekolah, perlakuan mengajar, interaksi guru-pelajar dan sebagainya.Pengetahuan ini merupakan salah satu elemen penting yang diutarakan oleh Mishra &863

Koehler (2006) dan Shulman (1987, 1986) bagi merujuk kepada pengetahuan dankefahaman yang diperlukan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.Banyak kajian menunjukkan kepentingan yang tinggi kepada penguasaanPengetahuan Pedagogi bagi seorang guru. Hampir kesemua pakar pendidikan menyatakanpersepakatan kepada keperluan Pengetahuan Pedagogi dalam menghasilkan pengajaranyang baik (Abdullah Nasih Ulwan, 1994: Elbaz, 1983: Grossman, 1990: Parkay & Stanford,2004: Putman & Borko, 1997: Shulman, 1987; Webb & Cox, 2004; Zawawi, 2005).Keperluan ini makin mendesak selaras dengan peredaran zaman terutama pada zamansekarang yang menekankan kepada keperluan teknologi maklumat dalam pengajaran.Dalam konteks kajian ini juga, kreativiti pengajaran merupakan antara aspek pentingyang perlu diambil perhatian dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaransupaya proses tersebut mampu menjana perubahan signifikan seperti dalam gagasan yangtelah ditetapkan oleh Falsafah Pendidikan Negara. Bagi tujuan tersebut penelitian terhadapaspek pengajaran yang bersifat kreatif menjadi asas kepada pencapaian kecemerlanganpelajar. Perkembangan pendidikan semasa juga menuntut kepada perubahan dari segenapaspek terutama sekali dalam melaksanakan proses pengajaran kepada pelajar. Justeru,perubahan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Arab perlu dilakukandemi merialisasikan proses pembinaan pengetahuan pelajar yang mampu mendepanicabaran semasa.Kesimpulannya, perkembangan kemajuan yang pesat dalam kehidupan hari ini secaralangsung memberi kesan ke atas pendidikan terutama impak terhadap PengetahuanPedagogi guru. Guru perlu sentiasa melihat kesesuaian perkembangan semasa untukmerancang pengajaran yang baik supaya memberi impak yang besar dan seterusnya menjadisuatu perlakuan bermakna dan mampu menarik minat pelajar. Usaha ini perlu diterjemahkandalam bentuk pengajaran yang berbentuk kreatif dengan melihat kepada keperluan semasadalam pendidikan. Oleh sebab itu kajian ini sangat penting untuk melihat sejauh manapengetahuan guru dalam Pengetahuan Pedagogi dan kreativiti pengajaran di sampingmelihat hubungan antara Pengetahuan Pedagogi dengan kreativiti pengajaran guru bahasaArab di Malaysia.KAJIAN LITERATURSebahagian besar penyelidikan yang telah dijalankan di Malaysia membuktikan wujudnyakelemahan guru dalam aspek penguasaan Pengetahuan Pedagogi (Abdullah Ishak, 1995;Ab. Halim Tamuri et al, 2004; BPI, 1993; Abdul Rahman & Yusni Abd Rahman, 2003; CheKamarudin Kamel Che Muhammad, 1999; Hasbullah Kamarulzaman Abdul Ghani et al,2003; Mohd. Jasmy Abd. Rahman & Muhammad Yusro Borhan Nordin, 2003: MuhammadRusdi, 2016; Rosmaria Mohd Sahat, 2003; Rusni Abdul Latif, 2007; Yahya Abdullah, 2003;Zarima Mohd Zakaria, 2005).Penyelidikan dan kajian yang dilaksanakan di Malaysia terhadap guru bahasa Arabjuga membuktikan perkara yang sama iaitu hampir keseluruhan kajian mendapatiPengetahuan Pedagogi guru bahasa Arab masih berada pada tahap yang sederhana (Amri,2005; Majdah Mohammad, 2010; Mohamad Zarkhuan Zainol, 2010; Nor Faizah, 2005;Omar, 2010; Rofeah, 2007; Yasrina Yaacob, 2010).864

Di samping penguasaan Pengetahuan Pedagogi aspek kreativiti merupakan elemenpenting bagi seorang guru. Banyak kajian semenjak dari dulu hingga sekarang telahdijalankan dan mendapati bahawa elemen kreativiti sangat diperlukan bagi seorang gurudalam proses mendidik kanak-kanak (Abdullah Hassan & Ainon, 2006; Chamorro danRichenbacher, 2008; Cropley, 1999; Furlong, 2005; Maybien, J & Swan, 2007; Robert,2006; Trivedi & Bhargava, 2010; Yu & Patterson, 2010; Zawawi Ismail, 2005). ProsesPengajaran dan pembelajaran juga akan lebih bermakna sekiranya wujud elemen kreativiti.Kajian yang dibuat oleh Foundation for Critical Thinking yang mendapati hampir 90% guruyang menjadi responden bersetuju bahawa elemen kreatif merupakan unsur utama yangmembantu kejayaan proses pengajaran (Debra Jackson & Paul Newberry, 2012).Secara umumnya tidak banyak kajian yang menyeluruh dan komprehensif berkaitanPengetahuan Pedagogi dan kreativiti pengajaran guru dalam kalangan guru bahasa Arab diMalaysia. Atas sebab tersebut, amat bertepatan satu kajian yang komprehensif dilakukanbagi melihat kedudukan sebenar Pengetahuan Pedagogi guru bahasa Arab agar selari dengankeperluan pada abad ke-21. Kajian terhadap guru bahasa Arab ini sangat relevan disebabkanguru merupakan agen pelaksana terhadap segala dasar yang telah diperkenalkan oleh pihakkerajaan.OBJEKTIF KAJIANKajian ini bertujuan untuk mencapai dua objektif utama iaitu:1. Mengenal pasti Pengetahuan Pedagogi dalam kalangan guru bahasa Arab diMalaysia2. Mengenal pasti kreativiti pengajaran guru bahasa Arab di Malaysia.3. Mengenal pasti hubungan antara Pengetahuan Pedagogi dengan kreativitipengajaran guru.SOALAN KAJIANSoalan kajian bagi kajian ini ialah:1. Apakah Pengetahuan Pedagogi dalam kalangan guru bahasa Arab di Malaysia .2. Apakah kreativiti pengajaran guru bahasa Arab di Malaysia.3. Apakah terdapat hubungan antara Pengetahuan Pedagogi dengan kreativitipengajaran guru.METODOLOGI KAJIANKajian ini merupakan kajian kuantitatif secara tinjauan melalui soal selidik dengan tujuanuntuk mengenal pasti secara menyeluruh Pengetahuan Pedagogi dan kreativiti pengajarandalam kalangan guru bahasa Arab di Malaysia. Kajian ini dijalankan di seluruh Malaysiayang melibatkan 14 buah negeri dengan dibahagikan kepada lima zon utama iaitu zon utara,selatan, tengah, timur dan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak.Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat untuk pengumpulan data. Soalselidik yang digunakan bagi Pengetahuan Pedagogi adalah berdasarkan instrumen yangtelah diperkenalkan oleh Mishra & Koehler (2006), Denise A. Schmidt (2009) dan soalselidik yang telah dibangunkan oleh Zahra Hossein (2012). Manakala soal selidik untuk865

kreativiti pengajaran guru adalah berdasarkan kepada soal seli

Pada akhir Ogos 2011, GoAnimate for Schools telah dilancarakan secara rasmi yang khas untuk kegunaan pengguna-pengguna dalam pendidikan dengan beberapa fungsi . proses pembikinan video, butang Make a Video perlu ditekan untuk paparan seterusnya. Dalam gambar rajah (2), dipaparkan senarai tema untuk dipilih mengikut kesesuaian video .